Friday, November 21, 2014

CITA-CITA BESAR IRMOHIZAM [1] - GAGAL JAGA IKAN


“Tidak perlu menahan mereka, karamkan bot mereka. Karamkan 10 hingga 20 (bot). Itu akan membuatkan mereka berfikir. Bagaimanapun, harus beringat untuk selamatkan anak-anak kapal terlebih dahulu” - Jokowi

PIHAK BERKUASA INDONESIA menahan sebanyak 200 nelayan Malaysia yang didakwa menangkap ikan secara haram di perairan negara tersebut .Penahanan tersebut dibuat susulan amaran yang dikeluarkan oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) yang meminta pihak berkuasa negara itu bertindak tegas ke atas mana-mana bot nelayan yang menangkap ikan secara haram.

NELAYAN MALAYSIA menangkap ikan di Negara orang, melepasi sempadan Negara Malaysia memang satu kesalahan. Itu adalah pencerobohan dan mana-mana individu atau Negara pun tidak akan berkompromi dengan pencerobohan sedemikian apatahlagi melibatkan rezeki individu atau Negara tersebut.

IKAN SUDAH TIADA DI MALAYSIA itu jawapan yang mungkin akan diberi oleh nelayan kita untuk menghalalkan aktiviti mereka. Namun apa yang mahu saya usulkan di sini bukanlah tentang perkara itu tetapi tentang kegagalan pihak kerajaan dalam memastikan pemuliharaan kawasan ikan dan penguatkuasaan kepada nelayan-nelayan rakus yag menyebabkan bekalan ikan Negara  tidak mencukupi.

LAPORAN BERNAMA, 2 DIS 2013 menyebut masalah kekurangan ikan menjejaskan sasaran negara untuk mencapai tangkapan ikan sebanyak 1.76 juta tan metrik menjelang 2020, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Menurut laporan itu, antara faktor kekurangan itu kerana perpindahan ikan
secara besar-besaran, tangkapan ikan berlebihan, kemusnahan karang dan
pencemaran laut serta darat.

Analisis audit menunjukkan jumlah kadar pendaratan ikan sejak 2003 hingga
2012 adalah sangat rendah iaitu pada 1.28 juta tan metrik kepada 1.48 juta tan
metrik sahaja, menurut laporan itu yang dibentangkan untuk siri ketiga pada
persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

"Kadar peningkatan pengeluaran ikan untuk tempoh 10 tahun itu hanya 188,984
tan metrik dengan kadar peningkatan sebanyak 14.7 peratus sahaja. Perkiraan
kadar pertumbuhan purata setiap tahun adalah dalam lingkungan 1.5 peratus,"
menurut laporan itu.

Ke arah mencapai sasaran pada 2020 itu, kadar pertumbuhan tahunan yang
sepatutnya pada 2012 adalah pada 2.4 peratus.

LAPORAN-AUDIT (IKAN) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR

Menurut laporan itu, alam sekitar memainkan peranan amat penting untuk
kehidupan perikanan, tetapi 1,400km daripada 4,809km pantai yang mengelilingi Malaysia sedang berhadapan dengan hakisan yang sangat kritikal.
Kekurangan bekalan ikan ini menyebabkan harga sumber protein itu meningkat
naik antara 2006 hingga 2010 iaitu sebanyak 5.3 peratus, selain menerima saingan daripada ayam dan daging.

Menurut laporan itu, rakyat Malaysia menggunakan secara purata per kapita
sebanyak 46kg daging ikan pada 2011, dan jumlah ini dijangka meningkat kepada 55kg bagi setiap seorang pada 2020.

Sektor perikanan juga menyumbang RM11.4 bilion pada 2012 berbanding RM10.6 bilion pada 2011 dan RM9.94 bilion pada 2010 manakala bilangan nelayan yang berdaftar pada 2012 adalah 136,514 orang dan terdapat 54,211 kapal serta bot yang terlibat.

DATO IRMOHIZAM IBRAHIM dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) pada Julai tahun lalu sepatutnya mengambil tanggungjawab dalam hal ini.

VISI , MISI DAN OBJEKTIF LKIM

Visi
Peneraju Pembangunan Nelayan dan Industri Perikanan Negara.

Misi
Membentuk masyarakat nelayan maju, berdikari dan progresif.
Meningkatkan pengeluaran dan memastikan bekalan ikan negara mencukupi serta memenuhi piawaian.
Menyediakan kemudahan infrastuktur perikanan moden dan bersepadu.
Melahirkan modal insan yang kompeten.

Objektif
Mewujudkan komuniti Nelayan maju menjelang tahun 2015.
Meningkatkan produktiviti sektor tangkapan ikan negara sebanyak 1.7% setiap tahun.
Membantu meningkatkan pengeluaran akuakultur sehingga 10% menjelang tahun 2015.
Menyokong Pembangunan Industri Asas Tani.
Meningkatkan kecekapan pemasaran dan laluan pasaran.
Mentransformasi infrastruktur perikanan negara menjelang 2015.
Mempertingkatkan kompetensi pegawai dan kakitangan mulai tahun 2011.
Mewujudkan sistem penyampaian lestari menjelang 2015.

KEGAGALAN IRMOHIZAM sejak menjawat jawatan tersebut hingga kini ialah gagal memastikan Visi, Misi dan Objektif LKIM mencapai matlamatnya. Irmohizam sebenarnya dilantik ke jawatan itu hanya untuk membolehkannya dilantik ke jawatan lain atau ertikata lain sebagai syarat untuk beliau membolot lebih banyak jawatan dalam Umno. Apa yang berlaku ini ada kaitan dengan apa yang saya tuliskan dalam beberapa artikel lalu yang berkaitan dengan KONSPIRASI TUMBANG NOH dimana Irmohizam adalah antara strategis yang tersebut. Nanti saya akan ceritakan dalam Bahagian lain KONSPIRASI tersebut.

IRMOHIZAM TIDAK FOKUS dengan jawatan yang diberi lalu mengabaikan amanah untuk beliau galas dalam memastikan nelayan terbela nasibnya.

…Bahagian satu…


Thursday, November 20, 2014

KONSPIRASI TUMBANG NOH [6] - BLOGGER UMNO SELANGOR MAKAN TUAN ANGKARA STRATEGIS PMO


BLOGGER SANGKAKALA JARI 9 diserang kerana pertahan kedudukan Noh di Selangor. Tapi umum tidak tahu sebenarnya Sangkakala adalah soldier kepada Zein yang pernah saya sebut berkaitan kes RM900 ribu Konvensyen UMNO Selangor. Saya tidak kenal Sangkakala tetapi saya anggap dia seorang hero kerana berani berkata benar demi keutuhan parti. Zein dahulunya dijadikan Kambing Hitam oleh gerakan ini.

GERAKAN TUMBANG NOH didukung strategis berkedudukan tinggi (PMO) dan soldiernya melakukan tugas serangan tanpa kira siapa. Jika sasaran itu terpaksa membunuh kawan waima saudara sendiri mereka akan lakukan. Cari makan soldier (blogger) ini bergantung kepada arahan yang dikeluarkan bersama imbuhan besar atau dijanjikan projek sebagai balasan kepada kerja yang dibuat.

ASKAR (soldier) UPAHAN ini bergerak dalam beberapa kumpulan yang tidak duduk sekali, berlainan kawasan, berlainan modus operandi (MO) dan berlainan tuan. Mereka menyerang dalam kedudukan yang berbeza dengan kaedah yang berbeza.

Kumpulan serangan; 

kumpulan pertama menyerang Noh adalah soldier dari Sri Andalas, Klang. Mereka berpakat dengan mengguna blog yang berbeza namun mempunyai penulis yang sama. MO ini sering digunapakai oleh kumpulan blogger awal.

Kumpulan kedua merupakan Aktivis-aktivis terkenal dan berprofil tinggi berpusat di Kuala Lumpur. Mereka ini mempunyai keupayaan dan rangkaian yang besar berkait dengan pemimpin-pemimpin tinggi kerajaan. Cara cari makan dengan ugut dan samun. menyerang dengan lebih agresif menuduh bahawa ada salahlaku dan seleweng kuasa bertujuan mempersoal kebolehpercayaan dan keutuhan dari semua segi yang baik pemimpin tersebut.

Kumpulan ketiga datang dari arahan yang paling tinggi. Berpusat di Putrajaya tanpa perlu diperkenalkan tetapi mempunyai orang tangan kotor bersembunyi dibalik portal-portal dan page-page tersohor. Bertindak menjadi 'command centre' portal-portal dibiayai kerajaan ini menambah cuka ke luka Umno Selangor hingga ahli-ahli melolong memekik kesakitan. Jeritan kuat itu didengar jauh hingga jiran tetatang bertanya, apa sudah jadi pada Umno Selangor?.

Kumpulan keempat bertindak menyambut serangan yang dibuat tetapi masih termasuk dalam 'payroll'. Mereka digelar anjing dikalangan blogger-blogger sahabat kerana mereka hanya akan buat kerja dengan upah tidak kira banyak atau sikit asal boleh makan. Kebanyakan mereka adalah facebooker merasa diri mereka hebat.

Kumpulan kelima dan akhir sekali ini ahli Umno yang kecewa dan marah kepada Noh dengan pelbagai sebab. dipergunakan oleh ketua-ketua mereka untuk menyerang Noh diperingkat akar umbi. membuat kumpulan kecil dan digerakkan untuk bersatu dengan kumpulan besar bila sampai waktunya. Kumpulan terakhir ini bahaya kerana mereka tidak tahu asal punca tetapi didodoikan dengan lagu hingga mereka lena dengan penuh kemarahan dan dendam kesumat. Mejatuhkan Noh akan menjadi agenda besar buat mereka melebihi kepentingan menjaga parti dan survival bangsa melayu.

TIDAK BERNIAT saya untuk membuka aib sesiapa tetapi jika perlu saya aka buka untuk memperlihat kepada masyarakat dan ahli Umno siapa mereka dan siapa yang sebenarnya. Orang-orang upahan ini boleh melakukan apa sahaja demi duit dan kedudukan.

BLOGGER UMNO SELANGOR merupakan projek yang menelan belanja besar pada pilihanraya yang lepas tetapi khidmat mereka diberhentikan kerana gagal memenuhi kehendak dan KPI yang ditetapkan. Mereka marah hingga serangan besar-besaran dihalakan ke Bangunan Umno Selangor satu ketika dulu. sebelum saya akhiri pembaca boleh cuba lihat nama-nama blogger yang saya sebutkan dibawah dan tanya berapa Umno Selangor bayar mereka dahulu dan kemana mereka hari ini bila Noh diserang?


"Medan Info Kini, Darul Ehsan Today, House PK, Papa Gomo, Jawa Bernam, Gerakan Timur, Pena Tanah Melayu, Wak Jengkol, Belantan Fliying Kick, Wadah Kelana Jaya, Afiq KlTown....."

...bahagian enam...











Tuesday, November 18, 2014

KONSPIRASI TUMBANG NOH [5] - LUPA BARANGKALI UMNO ADA KETUA BAHAGIAN


DAMAGE CONTROL hanya terpakai kepada bilamana seseorang yang telah tertangkap penipuan dan rancangannya. Dalam kes Noh ada yang menganugerahkan Tale Of Tajul Razin gelaran Blogger Bunian yang diberi habuan besar sebagai upah membela Noh yang diserang bertubi-tubi dengan niat supaya Noh meletak jawatan atau dipecat.

MENUDUH TALES OF TAJUL RAZIN menerima imbuhan Blogger Upahan ibarat melempar tahi ke langit, terhempas kembali ke muka sendiri. Kerana terbiasa dengan cara itu dan makan hasil dengan cara itu maka disamakan pula Tajul dengan mereka.

PENDEDAHAN yang Tajul buat bukan untuk membela Noh tetapi memberitahu Ahli UMNO Selangor khasnya tentang Konspirasi. Meletak kegagalan kepada Noh gagal dalam lebih kurang setahun pentadbirannya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor tidak boleh diterima.

SELANGOR TIDAK BOLEH disamakan dengan negeri lain dalam Malaysia kerana populasi penduduk dan kaumnya yang sangat berbeza. Kemajmukan bandar yang padat dengan masalah ekonomi ciptaan penduduknya sendiri menyebabkan kehendak nafsu menjadi keutamaan. Kesalahan diletak kepada kerajaan kerana gagal membayar kereta. Dalam kekalutan hati dan perasaan rakyat itu kesempatan diambil oleh manusia rakus kuasa dan harta. Pemimpin dipersalahkan kerana gagal memenuhi kehendak rakyat. Pemimpin tidak faham masalah rakyat. Rakyat menderita. Rakyat dianiaya. UMNO diperlah kerana UMNO dilihat kerajaan walau hakikat sebenar PR yang memerintah. PR yang sepatutnya membela nasib rakyat negeri ini.

LUPA BARANGKALI UMNO ada letak pemimpin rendah di setiap kawasan yang dinama Ketua Bahagian. Bukan tugasnya untuk selesai atau penuhi semua kehendak rakyat tetapi ditugas untuk mentadbir UMNO diperingkat rendah. Membawa wadah perjuangan Tok Nenek. Membela nasib anak bangsa yang dipicit, dikepit, ditindas bangsa lain. Mereka buat kerja kah?

BARANGKALI MEREKA BUAT barangkali tidak. Barangkali tidak kerana alasan tiada peruntukan. Tiada penafian dunia hari ini semua perlu duit. Tanpa duit Isteri boleh cerai suami...

RUPANYA KERANA DUIT Noh diserang.

JIKA KETUA BARU DILANTIK GANTI NOH bolehkah dia beri duit kepada semua Ketua Bahagian? Bagi pada semua Ketua Cawangan? Ketua Wanita? Ketua Pemuda? Puteri? Ahli?..

BOLEHKAH KETUA BARU menangkan Selangor? Tabur duit pada rakyat kerah mereka undi BN bagi menang? Tabur duit paksa ahli UMNO bersatu? Selerakkan duit suruh penetang kutip dan tutup mulut... bolehkah?

JANGAN BERI ALASAN MUNAFIK! UMNO Selangor tiada masalah. Yang ada Masalah adalah Pemimpin-pemimpin yang pernah kami sebutkan dalam artikel kami [1], [2], [3] dan [4]...

...bahagian lima...






Monday, November 17, 2014

KONSPIRASI TUMBANG NOH [4] - ZEIN ISMA DISABOTAJ


DUA PEMIMPIM yang boleh disebut kait dengan PMO di Selangor ialah Ezam Mohd Nor dan Irmohizam Ibrahim. Kedua-dua pemimpin ini mempunyai cita-cita yang amat besar dalam UMNO dan kini nama mereka disebut lobi untuk menggantikan Noh.

PERGERRAKAN mereka amat senyap dan tersusun hingga jika Selangor menang PRU 14 sudah ada nama dari gerakan ini yang akan menjadi MB Selangor ganti Azmin. IRMOHIZAM muda dan bergaya, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO muda disebut akan menjaadi MB nanti. Penyusunan beliau penting untuk layak menjadi MB.

JENERAL SELANGOR bukan sebarang gelaran, Jeneral ini mesti boleh mengawal 22 Panglima yang ada dalam pentadbirannya. Menjadi Jeneral ini memberi kelebihan mendapatkan kerusi MB Selangor. Persoalannya adakah BN akan Berjaya rampas Selangor?

SHUKUR semakin agresif mahu ganti Noh. Pasukan Shukur giat melobi di mana-mana saja sekarang. Noh dikatakan gagal menjalankan tugas sebaliknya Shukur dijuarakan konon menjadi pemimpin hebat yang turun padang. Budaya Shukur dimomok akan menjadi pemangkin gerakan rampas Selangor dengan anggaran kejayaan 100%.

JOHAN menjadi batu api dalam perbalahan “Taiko-Taiko” ini. Menyemarak, menyimbah minyak, hasrat membakar hangus renting Noh supaya nanti dapat ganti dirinya ke situ. Perjumpaan-perjumpaan diaturkan seolah-olah mahu betanding jawatan Ketua Bahagian. Bersungguh-sungguh kerja mereka untuk jatuhkan Noh.

ZEIN ISMA tersepit ditengah-tengah. Konvensyen UMNO SELANGOR Zein jadi kambing hitam dipanggang oleh Shukor dan Johan. Zein dimaki hamun dituduh penyebab serangan bertali-arus terhadap Noh.

ZEIN DISABOTAJ dalam program terbaru yang dianjur Sekretariat Penerangan UMNO Selangor. Suku dewan sahaja penonton yang hadir untuk mendengar pembentangan seorang tokoh hebat. Adakah kerana Zein dilihat ‘bias’ mempertahankan Noh?

TERSUSUN, TERANCANG, BERSUNGGUH mereka menjalankan tugas jatuhkan Noh tetapi dalam memperkasa UMNO apa Shukur dan Johan Buat? Berlagak Hero untuk turunkan Noh tapi UMNO Selangor terus kalah dimata ahli dan rakyat.

SIAPA BERANI TEGUR mereka? ….

...bahagian empat... 

Sunday, November 16, 2014

KONSPIRASI TUMBANG NOH [3] - PENGLIBATAN PEGAWAI PMO


HARI INI kita masuk keperingkat seterusnya untuk mengaitkan libat siapa lagi dalang dalam usaha tumbangkan Noh di Selangor. Seperti yang kita maklum, kerusi Noh sekarang memang jadi idaman ramai kerana dengan menggunakan kedudukan itu mereka akan jadi kaya raya dan dihormati.

BEBERAPA NAMA orang muda disebut sebagai calon yang bakal mengganti Noh seperti Budiman Mohd Zohdi, Ezam Mohd Nor dan Irmohizam Ibrahim. Mereka ini orang muda yang punya bakat dan gaya tersendiri. Budiman dengan kepetahannya berbicara, Ezam bekas reformis, dan Irmohizam kaki kipas PM.

CERITA TERGANTUNG di situ untuk nama orang muda..... kita terus ke bawah untuk cerita seterusnya..

SERANGAN yang dilancarkan terhadap Noh jika dikaji sebenarnya ada beberapa peringkat. Bermula dengan Blogger MIK dan Selangor Chronicle kemudian diikutu dengan Blogger Sanggah Tok Jangguk, Zaharin Md Yassin dan pakatannya hinggalah kepada Portal Post Metro, Wakeup Malaysia dan Media Arus Perdana.

SEMUA serangan ini dirancang. Ia dirancang dengan begitu teliti hingga tidak siapa perasan siapa yang main siapa. Blogger-blogger seperti MIK dan Selangor Chronicle hanya kambing hitam yang berlagak hebat pandai mengatur tetapi yang cerdik Sanggah Tok Janggut. Dari mana Sanggah Tok Janggut dapat maklumat 900 ribu telah diterima oleh Zein?

PEGAWAI PM yang terlibat bukanlah dari PMO di Putrajaya tetapi Pegawai PMO yang mejaga Selangor. Siapa dia? Kata pembayang sudah diberi, jadi anda cari sendiri.

BERPUSAT di Gombak, serangan dan rancangan diaturkan. RAZMAN HAKIMI seorang tokoh "Loser" berlagak hero dengan menyepak terajang Noh dengan pelbagai kelemahan. Razman sudah sampai mana pencapaiannya?

ATUR GERAK dari Gombak diatur lengkap dengan facebooker dan stringer hingga ke akar umbi. Bahagian Gombak yang dari dulu tidak habis berbut jawatan kini menjadi markas gerakan untuk tumbang Noh.

...bahagian tiga....

Thursday, November 13, 2014

KONSPIRASI TUMBANG NOH [2] - SPEKULASI TUKAR NOH


SPEKULASI TUKAR NOH secara tidak sengaja telah melebarkan jurang perpecahan dikalangan pemimpin dan ahli UMNO Negeri Selangor. Mereka beria-ia konon mahu membuat perubahan yang lebih baik tetapi malang yang bakal berlaku sebaliknya.

PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO SELANGOR seperti Shukur, Johan dan Zein yang sepatutnya mempertahankan Noh hanya berdiam diri menjaga punggung masing-masing berharap akan dilantik menggantikan Noh jika tersingkir nanti.

GERAKAN TERSUSUN sudah lama berlaku sejak dari sebelum PRU lagi. Ketika kemelut perlantikan Pengerusi Perhubungan Negeri, Shukur dikatakan telah menghantar sendiri surat kepada PM memohon beliau dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan yang mana kemudiannya PM mendiamkan tanpa reaksi. Tiba-tiba PM mengumumkan Noh dilantik Pengerusi Perhubungan, lalu Shukur terus menjadi hero menyokong penuh perlantikan itu dengan penuh dendam dihati.

LANGKAH KAJANG menjadi ikutan kepimpinan UMNO Selangor dalam agenda tumbang Noh. Strategi sama digunakan kerana yakin Noh akan tumbang dengan segera. Noh dituduh tidak cekap, tidak telus dan salahguna kuasa. Gerakan dibawa ke bawah terus ke cawangan, kemudian naik kembali ke atas melalui Ketua Bahagian yang tidak puas hati kerana Noh gagal bawa mengekang perpecahan yang semakin serius dalam UMNO Selangor.

KETUA-KETUA BAHAGIAN menjadi agen viral dalam gerakan ini yang menyebarkan elemen kebencian ahli UMNO Cawangan terhadap kepimpinan NOH. Ketua Cawangan mendesak perubahan dan penyatuan tetapi Ketua Bahagian menyalahkan Noh menjadi penyebab kepada kegagalan mereka memberikan khidmat yang terbaik untuk ahli cawangan. Seluruh negeri ahli UMNO menyalahkan Noh sebagai pilih bulu, kroni, sombong, lembab, tidak peka dan sebagainya.

BENCI NOH sudah menjadi #trending dan sukar dibendung memberi peluang kepada pemimpin dalam PASUKAN NOH mencucuh api menyebabkan kebakaran besar hingga Noh hangus terbakar dan mati rentung.

PUAS HATI mereka bila Noh mati. Jawatan Noh akan diganti mungkin oleh Shukur, Johan atau Zein kerana mereka pegawai paling atas. Itu jangkaan mereka dan tiada siapa tahu jika PM tertipu dengan perancangan licik itu.

TUKAR NOH tidak akan bawa perubahan dalam UMNO selangor selagi perancang-perancang jahat ini tidak disingkirkan. Siapa boleh nafikan peranan mereka ini sejak dari dulu berebut jawatan dalam UMNO Selangor tetapi buat-buat akur bila PM bersuara. Memelihara mereka ini hanya akan membawa keruntuhan kerana mereka tidak akan pernah berhenti selahi matlamat mereka tidak tercapai. Ubahlah sepuluh pemimpin pun kalau dah tanah itu tidak sesuai maka ia tidak akan dapat menyokong pokok kepimpinan itu nanti.

...bahagian dua....

Friday, November 7, 2014

KONSPIRASI TUMBANG NOH [1]




SERANGAN BERTUBI-TUBI terhadap Umno Selangor berlaku sejurus selepas PM menegur kepimpinan Umno Selangor yang diketuai oleh Noh Omar selaku Pengerusi Perhubungan Umno Negeri. Umno Selangor dilabel sebagai lembab kerana gagal memenuhi kehendak dan janji yang telah dibuat kepada PM selepas mereka dilantik ke jawatan yang mereka ada sekarang iaitu pemimpin-pemimpin bagi Perhubungan Umno Selangor.

UMNO SELANGOR LEMBAB tidak boleh dinafikan kerana setiap hari ada sahaja kegagalan demi kegagalan dalam memintas isu yang dimainkan oleh Parti Politik Pembangkang. Beberapa kes yang dilihat besar antaranya ialah Kajang Move dan Pertukaran Menteri Besar yang seharusnya Perhubungan Umno Selangor berjaya mencipta kejutan disitu. Oleh demikian kelembapan dalam merancang dan melaksanakan tugas menjadi penyebab sekaligus mengiyakan luahan hati PM semasa berucap di Konvensyen Umno Selangor baru-baru ini.

WAJIB MENYALAHKAN NOH dalam kekalutan ini kerana beliau adalah pemimpin nombor satu dalam jawatankuasa tersebut dan ia merupakan satu tamparan hebat buat beliau yang boleh digelar otai dalam Umno Selangor. Tetapi dalam pada itu, adalah tidak wajar sebenarnya meletakkan kesemua kesalahan itu untuk ditanggung oleh beliau seorang diri sedangkan beliau ada pasukan.

PASUKAN NOH mesti bertanggungjawab dan sama-sama memikirkan cara untuk menangani masalah dan bukannya berperang dalam Whatsapp menyalahkan semasa sendiri dan lebih buruk lagi apabila terpaksa menggunakan khidmat blogger upahan untuk mengelak daripada dipersalahkan.

ZEIN ISMA & JOHAN dengan sengaja membiarkan Noh diserang tanpa henti untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa selama ini kegagalan Umno Selangor adalah disebabkan oleh Noh. ini merupakan perbuatan yang sangat jahat atau senang disebut sabotaj bertujuan menjatuhkan kepimpinan Noh.

KEJATUHAN NOH akan memberikan peluang kepada mereka membolot kedudukan Noh yang sememangnya diidamkan selama ini. Noh tidak nampak ini kerana memang sudah jadi sifat Noh yang tidak ambil berat kerana mereka orang parti. Kini mereka sudah jadi barah tahap empat yang sedang membahayakan nyawa Noh dan Noh tidak akan mampu berbuat apa-apa.

SHUKUR PERANAN UTAMA cerita yang tidak boleh dinafikan kerana beliau sejak dulu adalah musuh nombor satu Noh. Shukur sangat dikenali sebagai kaki projek yang sanggup menyerang siapa sahaja termasuk Noh. Sejak dulu Noh dipermainkan oleh Shukur dan Noh merupakan halangan besar untuk Shukur membolot projek dalam Negeri Selangor. Shukur pernah melobi dirinya sendiri sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Selangor sebelum Noh dilantik.

KONSPIRASI JATUHKAN NOH memang wujud dan ia diketuai oleh orang dalam sendiri. ZEIN ISMA, JOHAN & SHUKUR adalah orang dalam yang terlibat dalam konspirasi ini. Buktinya mereka tidak pernah peduli apa yang akan jadi dalam Umno Selangor selain peduli dengan projek untuk mengisi poket sendiri.


...bahagian satu....