Friday, November 21, 2014

CITA-CITA BESAR IRMOHIZAM [1] - GAGAL JAGA IKAN


“Tidak perlu menahan mereka, karamkan bot mereka. Karamkan 10 hingga 20 (bot). Itu akan membuatkan mereka berfikir. Bagaimanapun, harus beringat untuk selamatkan anak-anak kapal terlebih dahulu” - Jokowi

PIHAK BERKUASA INDONESIA menahan sebanyak 200 nelayan Malaysia yang didakwa menangkap ikan secara haram di perairan negara tersebut .Penahanan tersebut dibuat susulan amaran yang dikeluarkan oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) yang meminta pihak berkuasa negara itu bertindak tegas ke atas mana-mana bot nelayan yang menangkap ikan secara haram.

NELAYAN MALAYSIA menangkap ikan di Negara orang, melepasi sempadan Negara Malaysia memang satu kesalahan. Itu adalah pencerobohan dan mana-mana individu atau Negara pun tidak akan berkompromi dengan pencerobohan sedemikian apatahlagi melibatkan rezeki individu atau Negara tersebut.

IKAN SUDAH TIADA DI MALAYSIA itu jawapan yang mungkin akan diberi oleh nelayan kita untuk menghalalkan aktiviti mereka. Namun apa yang mahu saya usulkan di sini bukanlah tentang perkara itu tetapi tentang kegagalan pihak kerajaan dalam memastikan pemuliharaan kawasan ikan dan penguatkuasaan kepada nelayan-nelayan rakus yag menyebabkan bekalan ikan Negara  tidak mencukupi.

LAPORAN BERNAMA, 2 DIS 2013 menyebut masalah kekurangan ikan menjejaskan sasaran negara untuk mencapai tangkapan ikan sebanyak 1.76 juta tan metrik menjelang 2020, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Menurut laporan itu, antara faktor kekurangan itu kerana perpindahan ikan
secara besar-besaran, tangkapan ikan berlebihan, kemusnahan karang dan
pencemaran laut serta darat.

Analisis audit menunjukkan jumlah kadar pendaratan ikan sejak 2003 hingga
2012 adalah sangat rendah iaitu pada 1.28 juta tan metrik kepada 1.48 juta tan
metrik sahaja, menurut laporan itu yang dibentangkan untuk siri ketiga pada
persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

"Kadar peningkatan pengeluaran ikan untuk tempoh 10 tahun itu hanya 188,984
tan metrik dengan kadar peningkatan sebanyak 14.7 peratus sahaja. Perkiraan
kadar pertumbuhan purata setiap tahun adalah dalam lingkungan 1.5 peratus,"
menurut laporan itu.

Ke arah mencapai sasaran pada 2020 itu, kadar pertumbuhan tahunan yang
sepatutnya pada 2012 adalah pada 2.4 peratus.

LAPORAN-AUDIT (IKAN) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR

Menurut laporan itu, alam sekitar memainkan peranan amat penting untuk
kehidupan perikanan, tetapi 1,400km daripada 4,809km pantai yang mengelilingi Malaysia sedang berhadapan dengan hakisan yang sangat kritikal.
Kekurangan bekalan ikan ini menyebabkan harga sumber protein itu meningkat
naik antara 2006 hingga 2010 iaitu sebanyak 5.3 peratus, selain menerima saingan daripada ayam dan daging.

Menurut laporan itu, rakyat Malaysia menggunakan secara purata per kapita
sebanyak 46kg daging ikan pada 2011, dan jumlah ini dijangka meningkat kepada 55kg bagi setiap seorang pada 2020.

Sektor perikanan juga menyumbang RM11.4 bilion pada 2012 berbanding RM10.6 bilion pada 2011 dan RM9.94 bilion pada 2010 manakala bilangan nelayan yang berdaftar pada 2012 adalah 136,514 orang dan terdapat 54,211 kapal serta bot yang terlibat.

DATO IRMOHIZAM IBRAHIM dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) pada Julai tahun lalu sepatutnya mengambil tanggungjawab dalam hal ini.

VISI , MISI DAN OBJEKTIF LKIM

Visi
Peneraju Pembangunan Nelayan dan Industri Perikanan Negara.

Misi
Membentuk masyarakat nelayan maju, berdikari dan progresif.
Meningkatkan pengeluaran dan memastikan bekalan ikan negara mencukupi serta memenuhi piawaian.
Menyediakan kemudahan infrastuktur perikanan moden dan bersepadu.
Melahirkan modal insan yang kompeten.

Objektif
Mewujudkan komuniti Nelayan maju menjelang tahun 2015.
Meningkatkan produktiviti sektor tangkapan ikan negara sebanyak 1.7% setiap tahun.
Membantu meningkatkan pengeluaran akuakultur sehingga 10% menjelang tahun 2015.
Menyokong Pembangunan Industri Asas Tani.
Meningkatkan kecekapan pemasaran dan laluan pasaran.
Mentransformasi infrastruktur perikanan negara menjelang 2015.
Mempertingkatkan kompetensi pegawai dan kakitangan mulai tahun 2011.
Mewujudkan sistem penyampaian lestari menjelang 2015.

KEGAGALAN IRMOHIZAM sejak menjawat jawatan tersebut hingga kini ialah gagal memastikan Visi, Misi dan Objektif LKIM mencapai matlamatnya. Irmohizam sebenarnya dilantik ke jawatan itu hanya untuk membolehkannya dilantik ke jawatan lain atau ertikata lain sebagai syarat untuk beliau membolot lebih banyak jawatan dalam Umno. Apa yang berlaku ini ada kaitan dengan apa yang saya tuliskan dalam beberapa artikel lalu yang berkaitan dengan KONSPIRASI TUMBANG NOH dimana Irmohizam adalah antara strategis yang tersebut. Nanti saya akan ceritakan dalam Bahagian lain KONSPIRASI tersebut.

IRMOHIZAM TIDAK FOKUS dengan jawatan yang diberi lalu mengabaikan amanah untuk beliau galas dalam memastikan nelayan terbela nasibnya.

…Bahagian satu…


No comments:

Post a Comment