Thursday, November 13, 2014

KONSPIRASI TUMBANG NOH [2] - SPEKULASI TUKAR NOH


SPEKULASI TUKAR NOH secara tidak sengaja telah melebarkan jurang perpecahan dikalangan pemimpin dan ahli UMNO Negeri Selangor. Mereka beria-ia konon mahu membuat perubahan yang lebih baik tetapi malang yang bakal berlaku sebaliknya.

PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO SELANGOR seperti Shukur, Johan dan Zein yang sepatutnya mempertahankan Noh hanya berdiam diri menjaga punggung masing-masing berharap akan dilantik menggantikan Noh jika tersingkir nanti.

GERAKAN TERSUSUN sudah lama berlaku sejak dari sebelum PRU lagi. Ketika kemelut perlantikan Pengerusi Perhubungan Negeri, Shukur dikatakan telah menghantar sendiri surat kepada PM memohon beliau dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan yang mana kemudiannya PM mendiamkan tanpa reaksi. Tiba-tiba PM mengumumkan Noh dilantik Pengerusi Perhubungan, lalu Shukur terus menjadi hero menyokong penuh perlantikan itu dengan penuh dendam dihati.

LANGKAH KAJANG menjadi ikutan kepimpinan UMNO Selangor dalam agenda tumbang Noh. Strategi sama digunakan kerana yakin Noh akan tumbang dengan segera. Noh dituduh tidak cekap, tidak telus dan salahguna kuasa. Gerakan dibawa ke bawah terus ke cawangan, kemudian naik kembali ke atas melalui Ketua Bahagian yang tidak puas hati kerana Noh gagal bawa mengekang perpecahan yang semakin serius dalam UMNO Selangor.

KETUA-KETUA BAHAGIAN menjadi agen viral dalam gerakan ini yang menyebarkan elemen kebencian ahli UMNO Cawangan terhadap kepimpinan NOH. Ketua Cawangan mendesak perubahan dan penyatuan tetapi Ketua Bahagian menyalahkan Noh menjadi penyebab kepada kegagalan mereka memberikan khidmat yang terbaik untuk ahli cawangan. Seluruh negeri ahli UMNO menyalahkan Noh sebagai pilih bulu, kroni, sombong, lembab, tidak peka dan sebagainya.

BENCI NOH sudah menjadi #trending dan sukar dibendung memberi peluang kepada pemimpin dalam PASUKAN NOH mencucuh api menyebabkan kebakaran besar hingga Noh hangus terbakar dan mati rentung.

PUAS HATI mereka bila Noh mati. Jawatan Noh akan diganti mungkin oleh Shukur, Johan atau Zein kerana mereka pegawai paling atas. Itu jangkaan mereka dan tiada siapa tahu jika PM tertipu dengan perancangan licik itu.

TUKAR NOH tidak akan bawa perubahan dalam UMNO selangor selagi perancang-perancang jahat ini tidak disingkirkan. Siapa boleh nafikan peranan mereka ini sejak dari dulu berebut jawatan dalam UMNO Selangor tetapi buat-buat akur bila PM bersuara. Memelihara mereka ini hanya akan membawa keruntuhan kerana mereka tidak akan pernah berhenti selahi matlamat mereka tidak tercapai. Ubahlah sepuluh pemimpin pun kalau dah tanah itu tidak sesuai maka ia tidak akan dapat menyokong pokok kepimpinan itu nanti.

...bahagian dua....

No comments:

Post a Comment